Bola Sepak Malaysia

Bola sepak sememangnya adalah satu cabang sukan yang sangat popular di negara kita. Permainan ini sangatlah unik kerana ia boleh dimainkan oleh semua peringkat umur hampir di mana sahaja, asalkan anda mempunyai bola. Dengan peningkatan secara menyeluruh terhadap prestasi bola sepak Malaysia, anda pasti berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah bola sepak tanah air, perkembangan semasa, dan juga visi pasukan kebangsaan kita untuk masa yang akan datang.

Sejarah Bola Sepak Malaysia

Sejarah bola sepak Malaysia adalah sangat unik. Secara formalnya, perkembangan bola sepak tanah air bermula sekitar tahun 1920-an di mana Persatuan Bola Sepak Malaysia mula ditubuhkan di Kuala Lumpur. Pada waktu tersebut, pasukan kebangsaan berada di bawah pimpinan seorang gabenor Hong Kong, iaitu Andrwe Caldecott.

Seterusnya pada sekitar 1970-an, sukan bola sepak di Malaysia berada pada tahap yang cukup membanggakan, iaitu kerana pasukan bola sepak tanah air pada waktu ini diisytiharkan satu pasukan Tier 1 di rantau Asia, di samping diiktiraf sebagai pasukan di dalam Tier 5 untuk kedudukan peringkat antarabangsa.

Sejak daripada penubuhannya sehingga tahun 1990-an pula, industri bola sepak Malaysia menjadi semakin rancak dengan adanya pelbagai jenis kojohanan yang dianjurkan di seluruh negara. Hal ini telah membawa kepada cadangan pembangunan stadium nasional Bukit Jalil sebagai satu simbolik untuk terus memperhebatkan lagi sambutan terhadap bola sepak Malaysia.

Perkembangan Terkini Bola Sepak Malaysia

Sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai kejohanan bola sepak yang ada di Malaysia, dan pasukan kebangsaan juga telah berjaya meningkatkan mutu permainan dengan adanya bakat-bakat baru. Salah satu daripada pencapaian yang wajar diraikan adalah kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan untuk memenangi Piala Suzuki AFF pada tahun 2010 yang terus melonjakkan lagi nama Malaysia di rantau Asia Tenggara.

Kini, permainan bola sepak terus mendapat sokongan daripada setiap lapisan masyarakat. Satu fenomena menarik yang dapat diperhatikan sejak beberapa tahun yang lalu adalah semakin ramai daripada kita yang mula memberikan fokus terhadap perkembangan bola sepak tempatan, di samping memberikan sepenuh sokongan, sebagai contoh dengan memenuhi stadium bola sepak di seluruh negara setiap kali pasukan tempatan yang disokong berentap di atas padang.