Download Game Bola Terbaik: Moobara

Telefon pintar mempunyai fungsi lebih daripada sekadar sebagai satu alat telekomunikasi. Selain daripada itu, telefon pintar juga berfungsi sebagai sumber hiburan untuk mengisi masa lapang. Jadi, sudah menjadi kebiasaan untuk kita memuat turun pelbagai jenis game yang berbeza. Bagi peminat tegar bola sepak pula, sememangnya tidak sah jika tidak download game bola untuk dimainkan.

Meskipun terdapat pelbagai jenis aplikasi yang berbeza di luar sana untuk permainan bola sepak, kami yakin anda pasti berminat untuk download game bola Moobara, sebuah aplikasi baharu yang mampu menguji kepakaran dan pengetahuan anda di dalam industri bola sepak dalam dan luar negara.

Kalau tak kenal, maka tak cinta. Jadi, apa kata anda kenali game bola Moobara terlebih dahulu?

Maklumat tentang Game Bola Moobara

Berbeza daripada game bola sepak biasa lain yang mana anda lazimnya cuma mengawal sesebuah pasukan di dalam satu perlawanan, Moobara boleh dimainkan dengan cara membuat ramalan keputusan bola sepak bagi perlawanan-perlawan yang tersenarai setiap minggu. Untuk bermain, anda hanyalah perlu meramal skor dan juga minit keberapa gol pertama akan dijaringkan untuk semua perlawanan secara keseluruhan.

Dari segi perlawanan yang disenaraikan pula, ianya dipilih secara rawak daripada mana-mana sahaja liga, sama ada liga antarabangsa mahupun liga tempatan. Buat masa ini, anda cuma perlu meramal keputusan bagi 6 perlawanan di dalam setiap satu minggu. Sekiranya anda dapat meramal keputusan kesemua perlawanan dengan tepat, anda berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM100,000!

Sekiranya anda berasa musykil, usah risau. Moobara bukanlah seperti permainan bola sepak lain yang tidak sah atau melanggar undang-undang, kerana permainan ini adalah sebuah aplikasi percuma yang mana ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada penganalisa bola sepak antarabangsa dan tempatan seperti anda untuk menguji kemampuan masing-masing dalam meramal prestasi pasukan-pasukan yang berentap.

Download Game Bola Moobara Sekarang

Sekiranya anda berminat, silalah download game bola Moobara untuk telefon pintar anda sekarang. Aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store untuk telefon pintar Android, dan Apple App Store untuk iOS. Jadi, apa tunggu lagi? Memandangkan aplikasi ini adalah 100% percuma untuk digunakan, cubalah Moobara sekarang juga dan alami sendiri keseronokannya!