Liga Super Malaysia

Liga Super Malaysia atau pernah sebelum ini dikenali sebagai Liga Malaysia telah diwujudkan pada tahun 1982. Di dalam industri bola sepak tanah air, liga ini adalah kejohanan bola sepak tempatan yang paling berprestij menggantikan Liga-M sebagai divisyen bola sepak tahap tertinggi, yang mana hanya pasukan-pasukan terbaik seluruh negara akan berentap bagi meraih piala dan mengiktiraf mereka sebagai jaguh bola sepak tanah air.

Sejarah Nama Liga

Untuk pengetahuan anda, nama liga ini telah beberapa kali diubah sebelum nama yang kita kenali ini dikekalkan. Perkembangan nama Liga Super Malaysia mengikut kronologi adalah seperti berikut:

1982 – 1988: Liga Malaysia
1989 – 1993: Liga Bahagian 1
1994 – 1997: Liga Perdana
1998 – 2003: Liga Perdana 1
2004 – Kini: Liga Super

Lagi Informasi Tentang Liga Super Malaysia

Pada mula, hanya beberapa jenis pasukan yang layak untuk beraksi di kejohanan Liga Super Malaysia, iaitu pasukan-pasukan yang mewakili negeri-negeri di dalam Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di samping segelintir pasukan-pasukan jemputan daripada negara jiran, iaitu pasukan Singapura dan juga Brunei.

Namun, peraturan kelayakan menyertai Liga Super Malaysia telah diubah pada tahun 1996, membolehkan pasukan kelab untuk turut sama mencabar pasukan-pasukan negeri dan lain-lain bagi mendapatkan piala berprestij ini. Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai FAM telah menyuarakan hasrat untuk melihat perkembangan liga ini daripada setiap sudut termasuk pemasaran. Hal ini telah membawa kepada penswastaan liga ini pada tahun 2015 di bawah naungan MSL Sdn. Bhd.

Dapatkan Maklumat Terkini Liga Super Malaysia Melalui Moobara

Sebagai seorang penyokong tegar pasukan bola sepak tanah air, anda pasti berminat untuk mendapatkan maklumat liga-liga yang terkini. Sekiranya anda berminat, silalah memuat turun aplikasi Moobara, yang mana ia merupakan satu platform untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan bola sepak antarabangsa dan juga tempatan, termasuklah Liga Super Malaysia. Jadi, tidak kiralah siapa pasukan kegemaran anda: Pahang, Selangor, Kelantan, mahupun JDT; anda pasti menginginkan liputan berita liga yang terbaik.

Dengan Moobara, anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan bola sepak di hujung jari. Selain daripada itu, Moobara juga adalah sejenis aplikasi telefon pintar untuk anda bermain permainan ramalan bola sepak. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi Moobara, silalah klik di pautan ini.